Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Tahlil Di Kubah Makam Diraja Bagi Kementerian Perhubungan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya Bagi Tahun 1436 Hijrah/2015 Masihi

IMG-20150708-WA0013 [640x480].jpg

IMG-20150708-WA0011 [640x480].jpg

RABU, 21 Ramadhan 1436 bersamaan 08 Julai 2015 – Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya telah mengadakan Majlis Bertahlil dan Doa Arwah yang dikhususkan kepada ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam iaitu Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abd Rahman. Majlis tersebut telahpun berlangsung pada petang ini di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong.

Hadir selaku Tetamu Kehormat di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perhubungan Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Mohd Riza Bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Ketua-Ketua Bahagian dan Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaasin dan diikuti dengan bacaan tahlil beramai-ramai yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Nuzli Hj Jumat, Pegawai Hal Ehwal Masjid dari Jabatan Hal Ehwal Masjid. 

Attachments
Created at 14/12/2015 02:28 PM by Siti Hawa binti Aboo Samah
Last modified at 14/12/2015 02:28 PM by Siti Hawa binti Aboo Samah