Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Berbuka Puasa, Tedarus Dan Khatam Al-Quran Kementerian Perhubungan Dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya 1436H/2015M

IMG-20150708-WA0018 [640x480].jpg


IMG-20150708-WA0021 [640x480].jpg

Rabu, 21 Ramadhan 1436H bersamaan 08 Julai 2015 - Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya telah pun mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Tedarus Dan Khatam Al-Quran bagi tahun 1436 Hijrah bersamaan 2015 Masehi pada petang tadi bertempat di Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Berakas.  Majlis pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Laut.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perhubungan. 

Turut hadir ialah Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Yang Mulia Mohd. Riza bin Dato Paduka Haji Yunos, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan serta Pegawai dan Kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Majlis Tedarus dan Khatam Al-Quran dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai, diikuti dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Ramlee bin Haji Ladis, Imam Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Majlis Tedarus dan Khatam Al-Quran serta berbuka puasa merupakan acara keugamaan tahunan Kementerian Perhubungan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi menyemarakkan bulan Ramadhan yang bertujuan untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wata’ala. 

Majlis diakhiri dengan acara berbuka puasa beramai-ramai dan diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah.

 

 

 

Disediakan oleh:

Jawatankuasa Media

Bagi Majlis Berbuka Puasa, Tedarus Dan Khatam Al-Quran

Kementerian Perhubungan tahun 1436H/2015M

Jabatan Laut

 

Attachments
Created at 14/12/2015 02:30 PM by Siti Hawa binti Aboo Samah
Last modified at 14/12/2015 02:30 PM by Siti Hawa binti Aboo Samah