Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kementerian Bagi Kementerian Perhubungan Dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 2015

IMG_4417 (Copy).JPG

IMG_4423 (Copy).JPG


IMG_4427 (Copy).JPG

RABU, 13 Syawal 1436 bersamaan 29 Julai 2015 - Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) Peringkat Kementerian Bagi Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya Tahun 2015 telahpun berlangsung pada hari ini di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Perhubungan.

Hadir pada sebelah pagi selaku Tetamu Kehormat untuk merasmikan konvensyen tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Tasad bin Haji Tamam, Pemangku Pengarah Korporat yang juga selaku Pengerusi Majlis Konvensyen tersebut; Pengarah-Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Kementerian Perhubungan.

Pada sebelah petang pula, hadir selaku Tetamu Kehormat ialah Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Awang Haji Abdullah bin Begawan Mudim Dato Paduka Haji Bakar, Menteri Perhubungan yang juga telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang konvensyen berkenaan.

Pada tahun ini sebanyak enam (6) buah pasukan daripada Jabatan Laut, Jabatan Pelabuhan-Pelabuhan, Jabatan Pengangkutan Darat dan juga Jabatan Perkhidmatan Pos telahpun membentangkan projek-projek mereka di Konvensyen kali ini.

Kepentingan KKC ini adalah bertindak sebagai penjana pembaharuan, memperbaiki kelemahan-kelemahan, kekurangan dan berupaya memberikan nilai-tambah terhadap usaha-usaha penyelesaian masalah menurut perubahan dan kehendak semasa. Sebarang pembaikan ataupun penyelesaian masalah melalui istilah ini akan memberikan kesan yang positif kepada Kementerian Perhubungan yang banyak memberikan perkhidmatan kepada orang ramai.

Kaedah penyelesaian secara KKC ini diharap akan dapat membantu dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan dan kekurangan dalam Kementerian dan Jabatan melalui kaedah yang logik dan praktikal serta peningkatan usaha di samping memenuhi hasrat orang ramai yang sentiasa ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih cepat, cekap, berkualiti dan penuh rasa pemedulian.


Tempat Pertama - QP-JPD (Jabatan Pengangkutan Darat)

Tempat Kedua - Matahari (Jabatan Perkhidmatan Pos)

Tempat Ketiga - Prihatin (Jabatan Pelabuhan)

Tempat Keempat -Bistari (Jabatan Perkhidmatan Pos)

Tempat Kelima - JLM - 15 (Jabatan Laut)

Tempat Keenam - Fulus (Jabatan Perkhidmatan Pos)

Attachments
Created at 14/12/2015 02:32 PM by Siti Hawa binti Aboo Samah
Last modified at 14/12/2015 02:32 PM by Siti Hawa binti Aboo Samah