Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Majlis Doa Kesyukuran Sempena Dengan Hari Pos Sedunia 2016

Yang mulia Awang Haji Bolhassan bin Haji Bulat, Pemangku Ketua Pos Agung selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis Sembahyang Berjemaah, Membaca Surah Yassin dan Tahlil Serta Doa Kesyukuran Sempena Hari Pos Sedunia. Majlis berkenaan diadakan pada hari Sabtu, 07 Muharram 1438H bersamaan 8hb Oktober 2016M pada jam 2.30 petang di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa.

Majlis juga dihadiri oleh Pemangku Timbalan Ketua Pos Agong, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos.

Tujuan utama mengadakan Majlis ini adalah bagi meraikan Hari pos Sedunia yang jatuh pada 9 Oktober 2016. Selain itu ianya juga bertujuan bagi memanjatkan rasa kesyukuran di atas limpah dan kurnia Allah Subahanahu Wata'ala kerana mempermudahkan Jabatan Perkhidmatan Pos menjalankan inisiatif-inisiatif di sepanjang setahun yang lalu dan seterusnya bagi memohon doa agar dipermudahkan bagi menjalankan wawasan Jabatan iaitu Kita Bergerak Untuk Menjadi Pilihan Utama Masyarakat.

Attachments
Created at 04/02/2017 02:59 PM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan
Last modified at 06/02/2017 01:53 PM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan