Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
Kursus Parcel & Logistics Management, Mac 2016

Sesi bergambar ramai, kursus Parcel & Logistics Management.

Bandar Seri Begawan, 3 Mac 2016 - Seramai 20 orang peserta yang terdiri dari  peringkat Ketua Penguasa Pos, Penguasa Pos dan Penolong Penguasa Pos telah menamatkan Kursus Parcel and Logistics Management selama 5 hari yang bermula dari 27 Februari hingga 03 Mac 2016. Majlis telah diadakan bertempat di Bilik Latihan Pusat Memproses Mel dan Bungkusan, Lapangan Terbang Lama, Berakas.



Taklimat disampaikan oleh Mr. Anucha Soonglertsongpha.

Objektif kursus ini adalah sebagai ke arah capacity building untuk membina kemahiran para peserta, disamping membentuk mereka untuk lebih dinamik, berdaya-saing, mesra pelanggan dan customer oriented, disamping meningkatkan pengetahuan para peserta kursus untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka kepada lebih berkesan dan berkualiti.

Kursus-kursus yang dirancang adalah merupakan usaha Jabatan Perkhidmatan Pos untuk memberi latihan berterusan kepada pegawai dan kakitangan Jabatan ini agar mereka lebih kemaskini dan peka dengan perkembangan pos masa kini serta perubahan-perubahan yang berlaku dalam sektor berkenaan. Kursus-kursus seumpama ini bukan sahaja diadakan di dalam negeri tetapi juga di luar negeri untuk memberi para peserta kursus yang mengikutinya pendedahan yang berbeza.

Fokus Jabatan sekarang adalah lebih tertumpu kepada kursus-kursus yang berbentuk lojistik, pergudangan (warehousing) dan khidmat pelanggan (customer service). Ekspektasi Jabatan Perkhidmatan Pos dalam jangka waktu ke hadapan adalah untuk menghasilkan peserta-peserta kursus yang mempunyai new mindset, new creativity dan new actions.

Hadir selaku Tetamu Kehormat Majlis ialah Yang Mulia, Awang Haji Mohamad Manan bin Haji Lakim, Ketua Pos Agung, Negara Brunei Darussalam.

Sementara itu konsultan yang mengendali kursus ialah Mr. Anucha Soonglertsongpha, pakar yang diundang khas dari Asia-Pacific Postal College (APPC) yang berpusat di Bangkok, Thailand.

Attachments
Created at 06/02/2017 11:32 AM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan
Last modified at 06/02/2017 12:34 PM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan