Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Khatam Al-Quran Dan Solat Hajat Sempena Sambutan Hari Pos Sedunia

IMG-20141009-WA0041 [640x480].jpg

IMG-20141009-WA0042 [640x480].jpg

IMG-20141009-WA0040 [640x480].jpg


Khamis 9 Oktober 2014 / 14 Zulhijjah 1435 – Majlis Khatam Al-Quran dan Solat Hajat bagi memperingati Hari Pos Sedunia 2014 telahpun diadakan pada petang ini bertempat di Masjid Pengiran Muda 'Abdul Malik, Kampong Tungku/Katok, Gadong. Sambutan Hari Pos Sedunia diraikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos pada setiap 9 Oktober dan tema pada tahun ini ialah 'Alat-alat Komunikasi'.

 

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohd Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Yang Mulia Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Yunos, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Perhubungan; Yang Mulia Awang Haji Mohamad Manan bin Haji Lakim, Ketua Pos Agung selaku Pengerusi Majlis, Pengarah-Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Jabatan, Timbalan-Timbalan Ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Perhubungan dan Jabatan-Jabatan Di Bawahnya.

 

Majlis pada petang ini dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan Khatam Al-Quran oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos. Selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi sebuah Negara Zikir, sambutan Jabatan Perkhidmatan Pos pada tahun ini menghasratkan pembudayaan melazimkan pembacaan Al-Quran sebelum memulakan pekerjaan. Pembudayaan ini diharap akan dapat meningkatkan rasa taqwa, rendah diri dan keinsafan serta rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seharian di kalangan pegawai dan kakitangan jabatan berkenaan.

 

Acara juga diselajurkan dengan Solat Sunat Hajat bagi memohon keberkatan atas usaha-usaha berterusan Jabatan Perkhidmatan Pos dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai dan diakhiri dengan Solat Asar berjemaah.​

Attachments
Created at 14/12/2015 10:20 AM by Siti Hawa binti Aboo Samah
Last modified at 14/12/2015 10:20 AM by Siti Hawa binti Aboo Samah