Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
DUA KAKITANGAN DINAIKAN PANGKAT - ​12 Jamadilakhir 1439 Hijrah / 28 Februari 2018 Masehi

Bandar Seri Begawan, 28 Februari 2018 – Usaha keras serta dedikasi yang diberikan telah membuahkan hasil kepada dua kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos untuk diberi kepercayaan menjawat Jawatan sebagai Penguasa Pos.

 

Dua kakitangan tersebut, iaitu Dayang Hajah Zaliha binti Haji Kadir (Penolong Penguasa Pos) dan Dayang Sulsuzannie binti Hj Sulaiman (Kerani Pos) dengan ini telah dinaikan pangkat sebagai Penguasa Pos, mulai 3 Januari 2018.

Image Feb 18.jpeg

Awang Haji Rozaly bin Haji Saidon (Tengah), Dayang Sulsuzannie binti Hj Sulaiman (Kanan) dan Dayang Hajah Zaliha binti Haji Kadir (Kiri).


Acara menerima surat lantikan kenaikan pangkat disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pos Agung, Yang Mulia Awang Haji Rozaly bin Haji Saidon, selepas Majlis bacaan Surah Yaasin dan Tahlil. Jabatan ini berharap kenaikan pangkat dua orang kakitangan ini akan memberi suntikan semangat kepada rakan-rakan kerja yang lain serta kepada seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Pos untuk terus berusaha dengan lebih gigih serta akan sentiasa memberikan yang terbaik dalam menjalankan tugasan masing-masing. Acara telah diadakan pagi kelmarin di Pejabat Besar Pos, Bandar Seri Begawan.

Attachments
Created at 01/03/2018 11:16 AM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan
Last modified at 01/03/2018 01:51 PM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan