Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KENYATAAN JABATAN PERKHIDMATAN POS BERKENAAN MAKLUMAT PALSU YANG KONONNYA DIKELUARKAN OLEH LAMAN SESAWANG RASMI JABATAN PERKHIDMATAN POS - 18 Ramadhan 1439H / 2 Jun 2018M

JABATAN PERKHIDMATAN POS

KEMENTERIAN PERHUBUNGAN

 

 

KENYATAAN JABATAN PERKHIDMATAN POS BERKENAAN MAKLUMAT PALSU YANG KONONNYA DIKELUARKAN OLEH LAMAN SESAWANG RASMI JABATAN PERKHIDMATAN POS

 

 

Jabatan Perkhidmatan Pos, Kementerian Perhubungan ingin menarik perhatian orang ramai mengenai maklumat palsu yang sedang menular yang kononnya dikeluarkan oleh laman sesawang rasmi Jabatan Perkhidmatan Pos.

 

Maklumat palsu tersebut yang menggunakan logo rasmi Jabatan dan mempunyai ciri dan penampilan laman sesawang rasmi Jabatan Perkhidmatan Pos menyatakan seperti berikut:

 

"Congratulations! You are one of the 10 users that we have selected for a chance to win an iPhone X or Samsung Galaxy S9!"

 

Dalam hal ini pihak Jabatan Perkhidmatan Pos ingin memaklumkan bahawa pihak jabatan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau maklumat promosi sedemikian. Pautan yang dipaparkan juga bukan alamat laman sesawang rasmi Jabatan Perkhidmatan Pos. Maklumat tersebut telah dikenal pasti sebagai skim penipuan yang dikeluarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan berhasrat untuk mendorong individu untuk mendedahkan maklumat peribadi seperti kata laluan, nombor kad kredit dan sebagainya bagi tujuan penipuan.

 

Oleh yang demikian, orang ramai adalah dinasihatkan untuk berwaspada dan berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan skim penipuan berkenaan. Orang ramai yang ingin mendapatkan sebarang keterangan atau rujukan mengenai apa jua maklumat yang diperlukan berkenaan dengan Jabatan Perkhidmatan Pos bolehlah berhubung terus ke Jabatan Perkhidmatan Pos melalui talian (673) 238 0481 semasa waktu bekerja atau melayari laman sesawang jabatan di http://www.post.gov.bn, atau menghantar e-mel terus kepada cscpost@post.gov.bn.

 

HAJI HAIRUL MOHD. DAUD BIN HAJI ABDUL KARIM

Pemangku Ketua Pos Agung

Jabatan Perkhidmatan Pos

Kementerian Perhubungan

Negara Brunei Darussalam

Attachments
Created at 07/06/2018 01:31 PM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan
Last modified at 07/06/2018 01:31 PM by Mohamad Hazwan Fitri Bin Hassan