Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS KHATAM AL-QURAN JPP DAN PENYAMPAIAN SURAT KENAIKAN PANGKAT – 27 Ramadhan 1439H / 12 Jun 2018M

Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di bulan Ramadhan ini adalah salah satu aktiviti keagamaan setiap tahun yang dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa Keagamaan Jabatan Perkhidmatan Pos. Aktiviti ini diadakan adalah dihasratkan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan kerahmatan.

 

Sehubungan itu, majlis ini telah diadakan pada tengahari bertempat di Surau Lapangan Terbang Antarabangsa Berakas pada 27 Ramadhan 1439H / 12 Jun 2018M.

 

Majlis ini telah dihadiri oleh Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohd. Daud bin Haji Abdul Karim Pemangku Ketua Pos Agung, Negara Brunei Darussalam. Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Pos.


WhatsApp Image 2018-06-12 at 1.36.47 PM.jpeg

 WhatsApp Image 2018-06-12 at 1.33.45 PM.jpeg


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan diikuti dengan Bacaan Tahtim dan Tahlil, Doa Khatam serta laungan Dikir Asyraqal yang telah dipimpin oleh Yang Mulia Imam Pengiran Haji Mohd. Ismail bin Pengiran Haji Tuah.

 WhatsApp Image 2018-06-12 at 1.33.40 PM.jpeg


Majlis diteruskan dengan penyampaian surat kenaikan pangkat bagi jawatan Penolong Penguasa Pos dan telah diserahkan oleh Pemangku Ketua Pos Agung kepada tiga orang kakitangan jabatan ini iaitu Dyg Siti Syaziyah binti Md Deli, Dyg Nur Ashikin binti Haji Zakaria dan Dyg Norani binti Harun.

Dyg Siti Syaziyah binti Md Deli.jpeg

Dyg Nur Ashikin binti Haji Zakaria.jpeg

Dyg Norani binti Harun.jpeg

Antara objektif majlis ini diadakan ialah menggalakkan setiap umat yang beragama islam untuk membaca Al-Quran, seterusnya menjadikan budaya membaca Al-Quran ini adalah sebagai aktiviti dalam kehidupan seharian selain memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadan yang mulia menerusi pembacaan Al-Quran.

Attachments
Created at 13/06/2018 01:45 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 13/06/2018 01:48 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni