Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KEMPEN DERMA DARAH BERSEMPENA DENGAN HARI POS SEDUNIA 2018 – 2 SAFAR 1440 / 11 OKTOBER 2018

​Jabatan Perkhidmatan Pos dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal telah mengelolakan Kempen Derma Darah yang berlangsung di Ruang Legar Kaunter Pejabat Pos, Pusat Memproses Mel, Berakas (MPC).

Image 2018-10-14 at 3.11.54.jpeg

Kempen tersebut adalah satu inisiatif Jabatan Perkhidmatan Pos bagi menggalakkan pegawai-pegawai dan kakitangannya untuk beramal dan berbakti kepada masyarakat umum selain dari menjalankan tugas-tugas rasmi. Ianya juga adalah merupakan salah satu aktibiti yang dirancang Sempena Sambutan Hari Pos Sedunia 2018.

Kempen ini diharap dapat untuk membantu menambah simpanan tabung darah bagi kegunaan Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan seterusnya untuk membantu pesakit-pesakit yang memerlukannya.

Dengan adanya kempen ini dijalankan, ianya juga diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kebaikan menderma darah, menanam sifat keperihatinan terhadap penderitaan insan yang lain dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk sentiasa mempunyai tubuh badan yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Wajah-wajah penderma darah pada hari ini di Ruang Legar Pusat Memproses Mel, Berakas. Sempena Hari Pos Sedunia 2018. 

WhatsApp Image 2018-10-14 at 3.11.54 PM(5).jpeg

WhatsApp Image 2018-10-14 at 3.11.54 PM(4).jpeg

WhatsApp Image 2018-10-14 at 3.11.54 PM(6).jpeg

WhatsApp Image 2018-10-14 at 3.11.54 PM(3).jpeg

Attachments
Created at 14/10/2018 03:26 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 14/10/2018 04:09 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni