Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT AHLI-AHLI MAJLIS MESYUARAT NEGARA KE JABATAN PERKHIDMATAN POS DI CAWANGAN PEJABAT POS PUSAT MEMPROSES MEL, LAPANGAN TERBANG LAMA BERAKAS - 20 SAFAR 1440 BERSAMAAN 29 OKTOBER 2018

Seramai 11 orang Ahli-Ahli Yang Berhormat Majlis Mesyuarat Negara (MMN) telahpun mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP) di Cawangan Pejabat Pos Pusat Memproses Mel (MPC), Lapangan Terbang Lama Berakas pada pagi tadi.  Lawatan kerja bertujuan untuk meninjau secara dekat mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos khususnya untuk orang ramai dan seterusnya melihat serta mendengar penerangan mengenai proses-proses operasi mel yang dikendalikan di Pusat Pemerosesan Mel, Berakas serta memberikan pendekatan keatas langkah-langkah pembaikan yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos.  Lawatan kerja Ini juga adalah sebagai persediaan bagi Sesi Muzakarah Ahli-Ahli Yang Berhormat dengan Kementerian Perhubungan yang akan diadakan pada 26 November 2018 nanti.

lawatan mmn 2018 1.jpeg

Lawatan mmn 2018 2.jpeg

Semasa lawatan tersebut, Ahli-Ahli yangBerhormat  berkesempatan untuk mengetahui beberapa perkara mengenai perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan iaitu perkhidmatan pemerosesan dan penyerahan mel.  Lawatan bermula di Bahagian Memproses Mel, dan disini Ahli-Ahli Yang Berhormat berpeluang melihat secara dekat kerja-kerja pemerosesan, pemeriksaan xray dan pengisihan mel-mel yang sampai di Pusat Memproses Mel. 

Lawatan mmn 2018 3.jpeg

Ahli-Ahli Yang Berhormat juga telah ditaklimatkan mengenai jenis-jenis mel seperti Surat, Barangan Berdaftar, Paket Kecil, Bungkusan, Mel Iklan, EMS Poslaju (Tempatan) dan EMS Speedpost (Antarabangsa).   Pada tahun 2017,  jumlah peratus mel terbanyak adalah Surat (89.5%), Paket Kecil 5.9%, diikuti oleh Mel Iklan 3.2%, EMS Poslaju 0.7%, EMS Speedpost 0.5% dan Bungkusan 0.2%.

Walau bagaimanapun, trend surat telah menurun daripada 14.7 juta pada tahun 2000 kepada 7.5 juta pada tahun 2016.  Manakala, trend paket kecil atau bungkusan meningkat daripada 225,000 pada tahun 2010 kepada 492,000 pada tahun 2016.

Ahli-Ahli Yang Berhormat juga berkesempatan mengetahui agensi-agensi yang terlibat dalam pengendalian dan pemerosesan mel tersebut seperti Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja berperanan sebagai agensi penguatkuasa dalam menentukan barangan pos tersebut boleh dihantar terus (dengan memberi label hijau) atau barangan pos tersebut memerlukan pemeriksaan lanjut oleh pihak-pihak berkuatkuasa yang berkenaan termasuk barangan bercukai dan terkawal (dengan memberi label merah). 

Lawatan mmn 2018 4.jpeg

Selain dari itu agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Jabatan Farmasi, Kementerian Kesihatan juga berperanan membuat pemeriksaan barangan pos seperti barangan kosmetik, ubat-ubatan dan barangan yang mengandungi bahan-bahan yang dikawal oleh Jabatan Farmasi. Kemudian, Pusat Dakwah, Kementerian Hal Ehwal Ugama juga berperanan membuat pemeriksaan barangan pos yang mengandungi bahan-bahan penerbitan atau buku-buku.

Seterusnya Ahli-Ahli Yang berhormat juga diberi penerangan mengenai cara penggunaan sistem aplikasi BruTRACK.  Sistem Aplikasi BruTRACK yang merupakan sistem aplikasi pengesanan barangan pos yang telah diperkenalkan pada awal Januari 2018. Aplikasi ini adalah untuk membantu orang ramai, khususnya pelanggan-pelanggan pos, untuk mengetahui keberadaan barangan pos mereka dengan lebih tepat dari mula ianya tiba di Pusat Memproses Mel Berakas (MPC).  Jenis produk pos yang boleh dikesan melalui aplikasi ini iaitu:

•             Barangan Berdaftar yang kodnya bermula daripada huruf R,

•             Parcel bermula huruf C dan

•             EMS SpeedPost bermula huruf E. 

Sistem aplikasi BruTRACK ini boleh di muat-turun melalui "Appstore" bagi pengguna iphone dan "Google Playstore" bagi pengguna "Android".  Pada setakat ini, lebih seribu pelanggan pos telah memuat-turun aplikasi sejak ianya diperkenalkan.

Seterusnya, rombongan Ahli-Ahli Yang Berhormat telah di bawa melawat ke operasi Print & PostPrint & Post adalah merupakan salah satu daripada projek PPP antara Jabatan Perkhidmatan Pos dengan sebuah Syarikat Tempatan.  Projek PPP ini diadakan untuk menjana volume mel terutama dalam mengembangkan sektor pos khususnya volume bagi surat-surat atau bil-bil syarikat-syarikat korporat.  Syarikat tersebut bertanggungjawab untuk mencari klien dan seterusnya mencetak bil-bil mengikut kehendak pelanggan-pelanggan korporat.  Manakala Jabatan Perkhidmatan Pos bertanggungjawab untuk menghantar bil-bil berkenaan ke rumah-rumah penerima.

Ahli-Ahli Yang Berhormat juga telah dibawa melawat ke Pusat Penyerahan Setempat (PPS), di mana pertukaran surat-surat dari kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan dilakukan.

Ahli-Ahli Yang Berhormat juga telah berkesempatan melawat ke Pusat Perkhidmatan Pelanggan (CSC). Penyediaan Pusat CSC ini adalah salah satu dari usaha Jabatan Perkhidmatan Pos untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih mesra pelanggan. Melalui pusat CSC ini dimana beberapa saluran komunikasi bagi pelanggan-pelanggan untuk membuat pertanyaan ataupun aduan melalui Pusat Perkhidmatan Pelanggan JPP yang boleh dihubungi melalui talian telepon tetap +673 2380481, talian telefon bimbit dan whatsapp +673 8711002, emel cscpost@post.gov.bn, Instagram post_brunei.

Ahli-Ahli Yang Berhormat juga telah dibawa untuk meninjau usaha Jabatan Perkhidmatan Pos kearah memperbaiki kualiti perkhidmatannya kepada pelanggan-pelanggan melalui perlaksanaan Projek Rintis Sistem QPintar QueUp yang telah diperkenalini kan baru-baru ini. Melalui Projek Rintis Sistem QPintar QueUp adalah dihasratkan ianya akan dapat membentuk hubungan mesra dan interaktif diantara Jabatan Perkhidmatan Pos dengan pelanggan-pelanggannya. Melaui projek rintis jua cadangan pembaharuan dan kritikan membina dari para pelanggan adalah sangat-sangat dihargai bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Akhir sekali Ahli-Ahli Yang Berhormat juga dibawa melawat mini-pameran produk filateli, Jabatan Perkhidmatan Pos dimana mini-pameran produk filateli mempamerkan peralatan-peralatan yang pernah digunakan Jabatan Perkhidmatan Pos, pakaian-pakaian seragam posmen mengikut peredaran masa dan gambar-gambar sejarah setem Brunei. Turut dipamerkan adalah setem-setem tetap, kenang-kenangan, tematik dan setem keluaran khas serta sampul hari pertama dan lembaran mini yang pernah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos.

Attachments
Created at 31/10/2018 03:23 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 01/11/2018 10:06 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni