Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
FESTIVAL PMKS PLATFORM PROMOSI JENAMA BRUNEI

Festival pameran produk dan perkhidmatan tempatan terbesar Negara Brunei Darussalam yang disertai oleh lebih 200 Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dilancarkan hari ini oleh Darussalam Enterprise (DARe) bertempat di Bridex Hall, Jerudong, di sini.

Pelancaran Pesta Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana Negara Brunei Darussalam (Brunei MSME Festival) 2019 itu disempurnakan oleh Menteri Tenaga (Tenaga dan Tenaga Manusia) dan Perindustrian, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mat Suny bin Haji Md. Hussein yang juga selaku Pengerusi Darussalam Enterprise (DARe).

Turut hadir di pelancaran berkenaan ialah Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Timbalan Setiausaha Tetap (Pengangkutan, Penyelidikan dan Perkembangan), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi.

7.png

3.png

Bersempena dengan festival tersebut, juga dianjurkan persidangan yang membawa tema 'Tapping New Markets: Exporting For Growth' yang dikelolakan oleh Asia Inc Forum.

Ketua Pegawai Eksekutif DARe, Awang Javed Ahmad dalam ucapan alu-aluannya menjelaskan, tujuan utama pengendalian Brunei MSME Festival ini adalah untuk menyediakan platform bagi jenama-jenama Brunei untuk mendapatkan akses serta pengesahan pasaran (market access and validation), membarigakan dasar baharu perniagaan (business reforms) dari sektor awam dan peluang perniagaan dari sektor swasta, di samping memberi kesempatan bagi pengusaha-pengusaha tempatan untuk mengongsikan cerita perjalanan perniagaan mereka kepada orang ramai.

Perkongsian pengalaman ini, jelasnya, diharap dapat memberi inspirasi lebih ramai anak-anak tempatan untuk menceburi bidang keusahawanan.

Beliau menambah, sebagai sebahagian daripada usaha untuk menolong perniagaan-perniagaan untuk menggunakan teknologi dalam aspek operasi perniagaan mereka, Brunei MSME Festival ini juga akan membawa 'agenda tanpa tunai' untuk mengolahkan pengalaman industri. 

'Digitalisation' dalam perniagaan akan membawa kemanfaatan kepada masa depan perniagaan-perniagaan serta para pengguna disebabkan oleh kemudahan dan kecekapan yang disebabkan oleh teknologi.

Pada festival ini, jelas beliau, selain mengalu-alukan orang ramai, kami juga mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan pengedar asing untuk mendapatkan produk-produk buatan Brunei untuk dipasarkan di pasaran masing-masing. 

Kami juga bekerjasama dengan Asia Inc untuk menjalankan persidangan selama sehari yang memberi tumpuan khusus kepada eksport, manakala tiga hari seterusnya Sekretariat 'Ease of Doing Business' akan mengadakan taklimat serta perkongsian dari beberapa agensi kerajaan mengenai proses dan sokongan pihak kerajaan dalam membantu orang ramai serta para PMKS untuk memulakan, menjalankan dan mengembangkan perniagaan masing-masing. 

IMG-20190330-WA0013.jpg

2.png

8.png

Sejurus pelancaran, acara Festival MSME dimulakan dengan pembentangan persidangan mengenai topik-topik yang menumpukan kepada eksport antaranya 'Understanding the path to exports', 'access to markets', 'bulding a strong online presence', dan 'a model in exporting and a model in internationalization'. 

Selain itu juga diadakan ialah sesi perkongsian dengan perusahaan tempatan mengenai cara-cara merebut peluang; beralih daripada perniagaan berasaskan rumah kepada kedai sendiri; perniagaan dan kerjaya dan penjenamaan dan pemasaran.

 


Siaran akhbar diperolehi dari keluaran Laman Web Pelita Brunei

http://www.pelitabrunei.gov.bn/Lists/Berita%202018/NewDisplayForm.aspx?ID=19946

Attachments
Created at 09/04/2019 11:29 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 10/04/2019 12:14 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni