Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
MAJLIS SAMBUTAN ISRA’ MI’RAJ BAGI KEMENTERIAN PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI DAN JABATAN-JABATAN SERTA PIHAK-PIHAK BERKUASA DIBAWAHNYA

8 April, 2019 – Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi serta Jabatan-Jabatan dan pihak-pihak berkuasa dibawahnya telah mengadakan majlis sambutan Isra' Mi'raj pada pagi ini bertempat di Dewan Amar Pahlawan, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jalan Menteri Besar. Majlis Isra' Mi'raj pada tahun ini dikelolakan oleh Jabatan Perkhidmatan Pos.

Hadir di majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Abdul Mutalib bin Pehin Orang Kaya Seri Setia Dato Paduka Haji Mohammad Yusof, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi.

1.png

12.png

Majlis tersebut didahului dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh Yang Mulia Awang Ahmad Zulwaqar bin Haji Suhaili, Naib Johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan Tahun 1440H / 2019M.

13.png

Acara tahunan majlis sambutan Isra' Mi'raj ini diserikan lagi dengan ceramah khas "Isra' Mi'raj Santapan Rohani Jasmani" yang disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Mohammad Khairul Nazif bin Hj Awang Damit, Penolong Pensyarah, Fakulti Usuluddin di Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

IMG20190408100526.jpg

Antara objektif majlis sambutan Isra' Mi'raj ini adalah untuk memperingati peristiwa agung Isra' dan Mi'raj Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wassalam disamping mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim antara sesama warga Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi dan Jabatan-Jabatan serta pihak-pihak berkuasa dibawahnya.

8.png

4.png

6.png

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Awang Haji Mohammad Nazri bin Haji Mohammad Yusof, Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Mulia Pengiran Mohd Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud, Yang Mulia Awang Haji Hairul Mohammad Daud bin Haji Abdul Karim, Yang Mulia Pengiran Haji Mohd Zain bin Pengiran Haji Abdul Razak, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi; Yang Mulia Dr Awang Rosdi bin Hj Abdul Aziz, Pemangku Ketua Pos Agung selaku Pengerusi Majlis, Pengarah-Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai Kanan, Pegawai dan Kakitangan Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi, Jabatan-Jabatan serta pihak-pihak berkuasa dibawahnya.

Attachments
Created at 10/04/2019 12:01 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 10/04/2019 12:06 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni