Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
KURSUS LATIHAN IPS MIGRATION AND CDS.POST IMPLEMENTATION

Kursus latihan IPS Migration and CDS.Post Implementation diadakan selama 11 hari bermula 31hb Ogos sehingga 12 September 2019 bertempat di dua lokasi berlainan iaitu pada 4 hari di Bilik Terbilang, Tingkat 2, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi manakala selebihnya sehingga ke tarikh akhir kursus diadakan di Bilik Latihan Ar'Rifah, Bangunan Pusat Memproses Mel dan Bungkusan.

Seramai 33 peserta mengikuti kursus latihan ini dihadiri oleh 22 warga pos daripada pelbagai Bahagian & Unit iaitu Bahagian Operasi, Unit IT dan Unit Akaun Antarabangsa serta tiga  daripadanya adalah warga Unit IT, Kementerian Pengangkutan & Infokomunikasi dan lapan orang selebihnya adalah daripada stakeholders jabatan ini iaitu warga Jabatan Kastam dan Eksais Diraja  dan BIACC.

IPS.jpeg

Objektif utama kursus latihan diadakan adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai kepentingan kesalingan pertukaran data Electronic Data Interchange (EDI) bersama Pentadbiran Pos Antrabangsa dengan menggunakan versi terkini iaitu EMSEVT (version 3) dan PREDES (version 2.1). Pertukaran data versi berkenaan adalah dikira mandatori bagi setiap Pentadbiran Pos selaras dengan Perundangan Kesatuan Pos Sedunia (UPU regulations) di bawah kandungan articles 17-131 & 17-216.

Sistem migrasi IPS yang sebelum ini Jabatan menggunakan IPS solution version 2015 dan kini telah pun sempurna dinaiktaraf ke IPS version 2018 semasa kursus latihan pada 5hb September 2019 beserta perlaksanaan integrasi sistem IPS dan CDS.Post.

Sepanjang kursus diadakan,  peserta-peserta kursus turut diberi peluang untuk demonstrasi dan latihan secara praktikal menggunakan module-module yang terdapat dalam sistem IPS terkini melalui test platform sebagai pengetahuan awal dan asas bagi peserta-peserta kursus. Dengan adanya module-module di dalam sistem IPS version 2018, beberapa kemudahan dan proses seperti Generating forms of Accounting and Verification Notes dapat dikendalikan dan dikenalpasti melalui sistem tanpa perlu secara manually.

Kursus latihan disampaikan oleh wakil daripada Postal Technology Centre, Pusat Kesatuan Pos Sedunia (UPU) iaitu Tuan Kazuo Kamishiro.

Attachments
Created at 14/09/2019 09:00 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 14/09/2019 09:01 AM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni