Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Manage PermissionsManage Permissions
31 MEI 2021 KELUARAN SAMPUL SURAT RASMI HARI PERTAMA DAN SETEM KENANG-KENANGAN JUBLI INTAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI KE-60 TAHUN

BANDAR SERI BEGAWAN, Hari Isnin, 31 Mei 2021 - Jabatan Perkhidmatan Pos Negara Brunei Darussalam mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama dan Setem Kenang-Kenangan  Jubli Intan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Ke-60 Tahun.

DSC_0279.JPG

Setem Kenang-kenangan ini siap sedia untuk dijual kepada orang ramai yang berminat untuk mendapatkannya bermula hari Isnin, 18 Syawal 1442 Hijrah bersamaan 31 Mei 2021 Masihi. Keluaran setem kali ini memaparkan beberapa perkembangan dari sejak tertubuhnya Angkatan Bersenjata Diraja Brunei selama 60 tahun.

Melalui keluaran itu, Jabatan Perkhidmatan Pos juga turut mengeluarkan Sampul Surat Rasmi Hari Pertama, enam (6) keping setem dan Lembaran Mini, Produk-produk ini yang akan mula dijual pada 31 Mei ini juga adalah terhad dengan harga berikut;

  1. Satu Setem Serangkai (One Stamp Sheet) (Nombor Bersiri - 60 sen x 6 setem, dicetak sebanyak 3,500 set sahaja) : BND18.00 satu Setem Serangkai.
  2. Satu Set Setem (One Set Stamps) – 60 sen x 6 setem : BND3.60
  3. Lembaran Mini Khas (Miniature Sheet) - (Nombor Bersiri dicetak sebanyak 200 keping sahaja) : BND6.00 sekeping.
  4. Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Tanpa Setem - (dicetak sebanyak 3,000 keping sahaja) :  45 sen sekeping.
  5. Sampul Surat Rasmi Hari Pertama Bersetem - (dicetak sebanyak 3,000 keping sahaja) : BND4.05 sekeping.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Pos, setem keluaran tersebut mempunyai keterangan rekabentuk setem tersendiri. Bagi setem pertama yang berharga 60 sen, ia melambangkan unit-unit utama (ABDB, TDDB, TLDB, TUDB, MAB) yang di ketuai oleh Pemerintah Tentera. Setem juga memberikan perbezaaan dari Jubli Emas (Logo IL ABDB) di ganti logo baru Markas Angkatan Bersama (MAB). Setem ini juga belatar belakang corak Intan bagi melambangkan Jubli Intan.

Bagi setem kedua yang berharga 60 sen, melambangkan pembangunan belia warga Negara Brunei Darussalam yang lahir dari Institusi Latihan (Sekolah Pegawai Kadet dan Kompeni Rekrut) yang menghasilkan pegawai dan anggota tentera yang berwibawa dan berkemahiran tinggi. Pegawai Pemerintah wanita pertama pada Sekolah Pegawai Kadet menunjukkan wanita mempunyai kerjaya setaraf lelaki.

Manakala bagi setem ketiga bernilai 60 sen ia melambangkan tentera yang bertugas menjaga keamanan dan kedaulatan tanah air dengan memberikan perlindungan kepada rakyat terutama pada masa aman dan peperangan.

Setem keempat yang juga berharga 60 sen turut melambangkan keupayaan Tentera Laut Diraja Brunei yang menjaga kedaulatan perairan negara dengan keupayaan terkini untuk meronda jangka masa panjang di perairan Exclusive Economic Zone Brunei.

Bagi setem kelima berharga 60 sen, melambangkan ketangkasan dan agility Tentera Udara Diraja Brunei dalam menempuhi pelbagai cabaran menggunakan teknologi terkini yang berkeupayaan dalam melaksanakan pelbagai operasi seperti rondaan, search and rescue, maritime support operation.

Bagi setem keenam berharga 60 sen, melambangkan keupayaan ABDB dalam menyumbang kepada misi antarabangsa seperti Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT), International Monitoring Team dan United Nations Interim Forces In Lebanon (UNIFIL) yang dipantau oleh Markas Angkatan Bersama.

Butiran Teknikal rekabentuk setem adalah seperti dibawah:

  • Perekabentuk: 767 Mejar Mohammad Azhan bin Haji Ahmad
  • Pencetak: Southern Colour Print Limited, New Zealand
  • Ukuran Setem: 40mm x 30mm
  • Proses pencetakan: Offset lithography 300 LPI
  • Jenis kertas: Arconvert Secure Post Premium Gummed 110gsm
  • Nombor Lembaran Setem Bersiri: 0001 – 3, 500
  • Nombor Lembaran Mini Khas Bersiri: 001 - 200
  • Perlubangan setem : 13.33 x 13.33
  • Teks disediakan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, Kementerian Pertahanan, Negara Brunei Darussalam.

Bagi Setem Kenang-kenangan keluaran ini, ia mula dijual kepada orang ramai pada Isnin, 31 Mei 2021 bermula jam 11.00 Pagi hingga 3.00 Petang. Setem-setem berkenaan boleh didapati di cawangan pos berikut;

1. Setem Galeri, Bandar Seri Begawan

2. Pejabat Pos Pusat Memproses Mel Berakas (MPC)

3. Pejabat Pos Muara

4. Pejabat Pos Sengkurong

5. Pejabat Pos Mumong, Kuala Belait

6. Pejabat Pos Seria

7. Pejabat Pos Tutong

8. Pejabat Pos Bangar

Untuk keterangan lanjut bolehlah terus menghubungi Unit Pemasaran dan Filateli di talian 673 729 1679 atau 673 222 2191 dan email ke brustamp@post.gov.bn.

========================================================
Gambar suasana kaunter cawangan pejabat-pejabat pos seluruh daerah pada 31 Mei 2021:

DSC_0243a.JPG

DSC_0244 (1)a.JPG

DSC_0249.JPG

DSC_0263.JPG

DSC_0257.JPG

DSC_0270.JPG

WhatsApp Image 2021-05-31 at 1.20.06 PM.jpeg

WhatsApp Image 2021-05-31 at 1.20.07 PM.jpeg

WhatsApp Image 2021-05-31 at 1.22.59 PM.jpeg



Attachments
Created at 01/06/2021 04:46 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni
Last modified at 01/06/2021 07:22 PM by Ak Hj Hairul Azmi Bin Pg Hj Morni